nuffnang adds
Tuesday, May 15, 2012
Mari Cegah Jenayah
Pencuri sangat bijak tahu tak !!!!!
Curi Kenderaan
Tempat di mana kecurian kerap berlaku
· Tempat letak kereta awam
· Kompleks membeli-belah
· Di hadapan rumah, tepi jalan raya
· Tempat letak kereta di hotel-hotel
Faktor berlaku kecurian
· Tidak dikunci
· Tiada kunci tambahan
· Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam
· Meninggalkan barang berharga di motosikal
Bagaimana mencegah kecurian kereta
· Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik (alarm)
· Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga
kereta sentiasa dikunci
· Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam
letak di tempat yang terang berlampu
· Pastiakn anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar
kenderaan anda untuk diservis
· Jangan serahkan kunci kepada 'Jockey' kereta
· Adalah lebih baik untuk menukir nombor pendaftaran di cermin kereta
('sandblasting')
Orang terdesak sanggup melakukan apa sahaja!!!!!
Bagaimana mencegah kecurian motosikal
· Letak motosikal ditempat yang dikhaskan
· Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya
· Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat
yang terang/berlampu
· Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari
dicuri
· Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran
motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat
Newer Post
Older Post
Home