nuffnang adds

Thursday, May 17, 2012

Mari Cegah jenayah II


Pecah Rumah



Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa
meninggalkan rumah pada tempoh masa yang agak panjang, kerana balik kampung atau
menziarahi sanak saudara. Sila rujuk panduan am pencegahan pecah rumah ini;
maklumkan alamat rumah, alamat kampung dan nombor telefon yang boleh dihubungi
sepanjang perayaan kepada jiran dan balai polis terdekat. Nombor telefon ibu pejabat
polis daerah dan balai polis serta bilik gerakan yang beroperasi 24 jam boleh diperolehi di
sini ...

Bagaimana boleh berlaku
· Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam,
mengumpil pintu atau tingkap
· Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi
tingkap
· Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi.
· Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang
terbuka.
· Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
· Menggunakan kunci pendua.


Sebab Berlaku Pecah Rumah
  •  Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
  •  Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
  •  Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
  •  Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
  •  Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.


Cara Pencegahan
  •  Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan
  • pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
  • Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
  • Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
  • Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
  • Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
  • Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
  • Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.