nuffnang adds

Saturday, March 19, 2011

Air itu penting. (minum banyak-banyak)

pertama sekali. soalanya,adakah anda bangun pagi dengan mulut yang kering?.(mestilah kering,bangun tidur adoiii die ni).walaupun tidak serius,tapi ini menunjukkan gaya hidup yang kurang sihat.

Dari segi saintifik, Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik.

baiklah,
kita ni kan boleh bertahan kalau tiada makanan selama seminggu,tetapi badan manusia hanya boleh hidup selama 3 hari sahaja dengan ketiadaan air dalam sistem tubuh kita ini..hihhi

Air menyumbang kepada 60% berat badan kita. Setiap sistem dalam tubuh kita bergantung pada air. Sebagai contoh, air mengeluarkan racun dari organ penting, membawa nutrisi ke sel-sel dan menyediakan persekitaran yang lembap untuk telinga, hidung dan tekak.



Kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi, suatu keadaan yang terjadi apabila tidak mempunyai cukup air dalam tubuh untuk melaksanakan fungsi normal. Bahkan dehidrasi ringan dapat membazirkan tenaga dan membuat kita keletihan.

Setiap hari kita kehilangan air melalui keringat, pernafasan dan buang air kecil dan besar. Bagi tubuh untuk berfungsi dengan baik, kita perlu mengisi bekalan air dengan pengambilan minuman dan makanan yang mengandungi air.

1. Pembuangan air melalui air kencing adalah sekitar 1.5 liter (6.3 cawan) setia hari. Kita kehilangan hampir satu liter tambahan (sekitar 4 cawan) air sehari melalui gerakan bernafas, berpeluh dan usus. Makanan biasanya menyumbangkan 20 peratus dari jumlah keseluruhan pemakanan kita, jadi jika anda mengambil 2 liter air atau minuman lain sehari (sedikit lebih dari 8 cawan) bersama-sama dengan diet normal anda, anda biasanya akan menggantikan cecair anda yang hilang.

2. Pendekatan lain adalah "Peraturan8 x 8 " - minum lapan gelas air sehari (sekitar 1,9 liter). Walaupun pendekatan ini tidak disokong oleh bukti saintifik, banyak orang menggunakannya sebagai panduan berapa banyak air dan cecair lain untuk diminum.

3. Lelaki disarankan untuk mengambil 3 liter (13 gelas) dari jumlah keseluruhan minuman sehari dan perempuan mengambil 2,2 liter (sekitar 9 gelas) dari jumlah keseluruhan minuman dalam sehari.

Friday, March 18, 2011

Spam ape ni

Selamat semua,

apa tak kene da ni.Sejak 3 4 hari ini ,tiap kali online di facebook,mesti ada spam chat ..tapi aku yakin ni bukan datang dari tuan punya akaun facebook..ni screenshot nye..menyemak betol..



Ada lagi ni



sape ade kene macam ni tolong bagi nasihat bagaimana nak hilang kan spam ni???please

Friday, March 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualikum...
Jam menunjukkan 1.30 pagi ketika aku nak start tulis entry ni..

Sebenarnya baru balik keluar dengan kawan.Pergi Berjaya Megamall..aku tak nak cerita apa yang semua aku buat..tapi nak ceritakan tentang Filem terbaru iaitu Merong Mahawangsa.sebuah filem bersejarah Melayu .hasil kerja KRU production..
Aku bagi lima bintang la..kat filem ni..filem ini menelan perbelanjaan sebanyak RM8 juta.banyak tu




sipnopsisnya:

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.


Akukan, Bangga la dengan KRU (Norman,Yusry,Edry)adik-beradik.Hasil kerja mereka banyak yang berkualiti..kalau dulu masa zaman 90 an...masa tu aku bersekolah rendah lagi.dah dengar lagu seperti OH La la,Awas,Fanatik..lagu itu semua pop rancak,,best giler..

Kisah tentang Shah Alam


SALAM,
kenapa tajuk entry ni pasal Shah Alam??
sebab saje nak cerita pasal Shah Alam hihihih.....Shah Alam digelarkan sebagai bandar Anggerik (Anggerik tu bunga ke binatang) aku pun tak tau...masa kecik dulu2 ..bila parents bawak jalan2 area Shah Alam...aku rase tenang dan gembira..tak tau kenapa.
Antara sebab-sebabnya mungkin
-Jalanraya yang lebar dan besar
-Banyak landmark yang mengagumkan (Stadium,Masjid)



tapi tu semua masa dulu la..sekarang pegi pun cam x rase ape..dulu teruja.

Kat bawah ade insan yang komen pasal Shah Alam

orang pertama

Source: www.justkhai.com



orang kedua

Source: www.justkhai.com

Friday, March 4, 2011

Basikal

Selamat semua..

Aku dah 3 hari tak 'update'...masa berbaring tadi aku teringat dah nak dekat 7 bulan dah aku menetap kat UMP gambang ni..kalo mula2 dulu pergi kelas guna kaki,,pastu guna kaki kayuh basikal..berkenaan ngan basikal...(NI REMEH PUNYA)

Basikal memang banyak tinggalkan kenangan dkat...
masa kecik2 dulu aku dengan geng2 kampung aku selalu racing basikal.
apa yang aku buat..
-letak plastik keropok dekat spek udang basikal BMX aku tu...bunyi dia terbaek,,,bila lalu depan rumah orang mesti makcik2 ade yang tersengih ,kalau x pun geleng kepala ..mane taknya bukan aku sorang tapi geng2 aku tu nak dekat 10 orang buat camtu..bingit la sangat..



lagi aku pernah jatuh parit..masa balik sekolah

Aku guna basikal masa tadika cina,sekolah rendah cina,sekolah rendah agama....masa sekolah menengah dah tak guna dah...tapi bila masuk U ni aku guna basikal ni maklumlah x ada budget nak bli Moto...kereta lagi la...tapi aku pasang niat nak beli kereta lagi 2 3 tahun....