Pecah Rumah
- Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong
- Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing
- Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar
- Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.
- Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.
- Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan
- pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda.
- Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan.
- Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah.
- Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak.
- Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada.
- Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur.
- Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.

