nuffnang adds

Friday, March 11, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Assalamualikum...
Jam menunjukkan 1.30 pagi ketika aku nak start tulis entry ni..

Sebenarnya baru balik keluar dengan kawan.Pergi Berjaya Megamall..aku tak nak cerita apa yang semua aku buat..tapi nak ceritakan tentang Filem terbaru iaitu Merong Mahawangsa.sebuah filem bersejarah Melayu .hasil kerja KRU production..
Aku bagi lima bintang la..kat filem ni..filem ini menelan perbelanjaan sebanyak RM8 juta.banyak tu




sipnopsisnya:

Pada tahun 120, Empayar Rom ketika itu dibawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han merupakan sebuah empayar yang kuat dan telah memperluaskan pemerintahannya ke negara Asia Tengah. Semasa angkatan Rom sedang membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Garuda mempunyai perancangan yang berbeza. Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung pengairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang oleh Garuda. Maka, adalah tugas Merong Mahawangsa untuk menyelamatkan Puteri China dan menyatukan baginda dengan Putera Rom bagi sebuah perkahwinan yang menemukan dua tamadun besar dari negara Timur dan Barat.


Akukan, Bangga la dengan KRU (Norman,Yusry,Edry)adik-beradik.Hasil kerja mereka banyak yang berkualiti..kalau dulu masa zaman 90 an...masa tu aku bersekolah rendah lagi.dah dengar lagu seperti OH La la,Awas,Fanatik..lagu itu semua pop rancak,,best giler..